TEMA HARI KEMERDEKAAN
Tema Hari Kemerdekaan 2015
Tema Hari Kebangsaan 2015 ialah Sehati Sejiwa yang menggambarkan perpaduan, kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia.
Kenapa #SehatiSejiwa ?
Logo ini menggambarkan bentuk hati di mana semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman. Bentuk hati juga menggambarkan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Bulan adalah pelengkap bagi menggambarkan agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bentuk peta di kiri dan kanak menggambarkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu negara – Malaysia. Garisan dokongan berwarna merah di bawah bentuk hati menggambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani. Warna yang dipilih juga ada pada Jalur Gemilang kebangsaan rakyat Malaysia.
Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka